Tatabahasa (Kata Ganda)

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.

          Kata ganda terdiri daripada:

          (a) kata ganda seluruh;

          (b) kata ganda semu;

          (c) kata ganda separa;

          (d) kata ganda bersajak atau berima;

          (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

a. Gandaan Seluruh Kata

b. Gandaan Separa / Separuh

c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.

2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().

3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

 Contoh : 

Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

Indahnya Bahasa

Karangan peribahasa
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat
suka menyimpan wang
i.        sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah.
ii.      di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan
iii.     dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti
iv.     menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang
v.       mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan
vi.     duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk
n       membeli rumah batu
n       kenderaan
n       hantar ibu bapa menunaikan haji
vii.    hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung
Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
soalan 49
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Hangat-hangat Tahi Ayam”
Amri murid Tahun Enam Mawar - baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Darau
a. merupakan murid yang rajin - berdisiplin - dijadikan murid contoh di dalam kelas - bergaul dengan murid-murid nakal - sikapnya mula berubah.
b. Cikgu Ramlah sedar akan perubahan diari Amri - panggil Amri ke bilik guru
- menasihati Amri - Amri diam - menangis
c. ada peperiksaan - Amri mendapat markah yang rendah
Amri sedar akan kesilapannya - berazam untuk mengubah sikap.
soalan 50
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan kepada peribahasa “Bagai Kacang Melupakan Kulit”
Sani anak yatim piatu -ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Pak Awang ambil sebagai anak angkat.
a. Pak Awang orang miskin - rajin bekerja - Sani dapat sekolah - ditanggung oleh Pak Awang - dijaga dengan baik.
b. Sani berjaya - melanjutkan pelajaran ke luar negara - bidang doktor - Pak Awang berasa bangga - berharap dapat bergantung hidup dengan Sani.
c. Sani berjaya menjadi seorang doktor - bergaji besar - tidak pernah pulang menjenguk Pak Awang - segala jasa Pak Awang dilupakan - Pak Awang berasa sedih.
Sikap Sani seperti kacang lupakan kulit. Pak Awang hidup dalam kesusahan.
soalan 51
Tuliskan satu karangan yang bertajuk “ Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan”
Rahim memberitahu keluarganya tentang niatnya untuk  berniaga - ibu bapanya menasihati - banyak risiko.
a. Rahim memulakan perniagaan- membaiki motosikal kawan-kawannya - perniagaan Rahim semakin maju - Rahim membuka bengkel.
b. bengkel Rahim lengkap - Rahim bekerja dengan bersungguh-sungguh
c. Bapa Rahim datang - Rahim mengatakan keinginan untuk belajar membaiki kereta.
Rahim gembira mendapat dorongan daripada ayahnya.
Soalan 52
“ Belakang Parang Sekalipun diasah Akan Tajam Jua ”. Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut.
Ahmad sering gagal dalam ujian Matematik - tiga kali dia gagal - Gurunya selalu memarahi Ahmad.
- sejak peristiwa itu - bertekad untuk berjaya
- sikap Ahmad berubah - tidak nakal lagi - tumpukan perhatian - rajin membuat latihan - bertanya sekiranya tidak faham.
b.      Kawan-kawan sedar akan perubahan Ahmad - menyindir Ahmad - Ahmad bersabar - dia yakin akan berjaya
c.      Peperiksaan bermula - Ahmad menjawab dengan penuh yakin - persediaan yang cukup - tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan.
d.      keputusan ujian diumumkan - Ahmad tersenyum gembira - Cikgu Mamat menepuk-nepuk bahu Ahmad.
Cikgu Mamat memuji sikap Ahmad - berkata “Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah Akan Tajam jua”.