Tatabahasa (Kata Ganda)

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.

          Kata ganda terdiri daripada:

          (a) kata ganda seluruh;

          (b) kata ganda semu;

          (c) kata ganda separa;

          (d) kata ganda bersajak atau berima;

          (e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

a. Gandaan Seluruh Kata

b. Gandaan Separa / Separuh

c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.

1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.

2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().

3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

 Contoh : 

Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat